PROFIL SYARIKAT

PENDAHULUAN

AL – MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD ditubuhkan pada 26hb September 2006 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1427 Hijrah adalah syarikat bertaraf bumiputra (100%) yang melibatkan diri dalam perniagaan pelacongan.

Kewujudan AL – MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD adalah bertujuan ingin memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam sector yang diceburi. Sector pelancongan diharapkan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Idea penubuhan organisasi ini juga dibuat selari dengan inspirasi kerajaan yang ingin melahirkan ramai usahawan bumiputra yang maju dan berdaya saing bukan hanya di pasaran tempatan tetapi antarabangsa.

Kehadiran AL – MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD dalam bidang pelancongan ini adalah sebagai menyahut cabaran kerajaan bagi meramaikan usahawan di kalangan bumiputra yang berdaya maju. Justeru itu, AL –MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD akan memberikan perkhidmatannya yang terbaik dan efisien kepada masyarakat disamping bersama-sama membantu pembangunan ekonomi negara terutama mengangkat martabat Bumiputra ke tahap yang membanggakan.


VISI DAN MISI SYARIKAT

  • Untuk menjadi sebuah Syarikat Bumiputra yang dapat menyediakan keperluan masyarakat dan negara dalam sector pelancongan selaras dengan konsep “Malaysian Truly Asia”.

  • Untuk menjadi sebuah Syarikat Bumiputra yang unggul dan menjadi contoh dalam sector yang diceburi kepada syarikat bumiputra yang lain.  Mengembangkan perniagaan di samping menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

  • Untuk memperkenalkan Malaysia ke luar negara di samping mempromosikan segala produk-produk negara di antarabangsa, yang dapat menarik minat pelancong-pelancong luar .

  • Untuk melahirkan sebuah organisasi bumiputra yang mampu berdaya saing di pasaran antarabangsa, selari dengan inspirasi kerajaan yang ingin melahirkan ramai usahawan bumiputra di samping menjana ekonomi negara.

  • Dapat membuka banyak peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan serta meningkat taraf ekonomi penduduk

  • Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan untuk jemaah Haji,Umrah dan destinasi-destinasi perlancongan muslim diseluruh dunia, termasuk dari segi penginapan, kemudahan pengangkutan, makan minum yang halal dan menyediakan pemandu pelancong untuk pengunjung ketika berada di luar negara.

  • Menyediakan tahap piawaian yang paling tinggi keselamatan dan keselesaan kepada pelancong dan pengujung. 


LATAR BELAKANG DAN PERKHIDMATAN SYARIKAT

Nama Syarikat : AL – MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (748529 – U)

Alamat Syarikat : No. 21-B, Tingkat 2, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

No. Telefon : +603 – 5548 7662 / 3

No. Fax : +603 – 5548 7661

Email : almukminin_tt@yahoo.com / info@almukminin.com

Web : almukminin.com Tarikh Pendaftaran : 29hb September 2006


PERKHIDMATAN

  • Pakej Pengendalian Pelancongan

  • Pakej Pelancongan Dalam Negeri ( Inbound Tour )

  • Pakej Pelancongan Luar Negeri ( Outbound Tour )

  • Tiket penerbangan ( Ticketing )