TERMA DAN SYARAT

TEMPAHAN

• Tempahan hendaklah dibuat (minima 3 bulan sebelum tarikh berlepas) dengan mengisi borang pendaftran beserta deposit RM500.00 / RM1,000.00 seorang. (Tidak termasuk Umrah Istimewa RM4,990 deposit RM 1,500).

• Syarikat berhak menukar/menunda tarikh & penerbangan kepada satu tarikh yang sesuai mengikut perundingan bersama.

• Pendaftaran kurang dari 30 hari dari tarikh berlepas maka hendaklah dijelaskan sepenuhnya bayaran pakej.

• Baki bayaran hendaklah dibuat 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

• Bayaran hendaklah dibuat terus ke akaun Bank Islam:
AL-MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. Akaun : 120 380 100 75266


PEMBATALAN

• Jika jemaah ingin membuat pembatalan mestilah memaklumkan kepada syarikat secara bertulis.

• Penalti pembatalan akan dikenakan sebanyak RM 200 (caj pengurusan).

• Caj pengurusan sebanyak RM 500 seorang akan dikenakan sekiranya jemaah membuat pembatalan setelah visa diuruskan.(tidak tertakluk kepada harga semasa).

• Urusan ‘refund’ mengambil masa 2-3 bulan dan bayaran dibuat melalui cek syarikat diatas nama jemaah seperti resit yang dikeluarkan.

• Pihak syarikat mempunyai hak untuk membatalkan perjalanan pakej diatas sebab tertentu seperti masalah visa, tiket penerbangan, malapetaka, rusuhan, peperangan dan yang mana luar bidang kuasa pihak syarikat.

• Jika berlaku pembatalan, pihak syarikat akan memaklumkan melalui telefon/email dan surat.

• (Tarikh, masa, tiket penerbangan dan harga tertakluk pada pindaan semasa.)
*Nota di atas: Terdapat didalam semua aturcara dan flyers.

• 22-44 hari sebelum tarikh penerbangan : DEPOSIT DITOLAK.

• 15-21 hari sebelum tarikh penerbangan : Ditolak 35% drp harga pakej.

• 8-14 hari sebelum tarikh penerbangan : Ditolak 50% daripada harga pakej.

• 3-7 hari sebelum tarikh penerbangan: Ditolak 75% daripada harga pakej.

• 2-1 hari sebelum tarikh penerbangan: Ditolak 100% daripada harga pakej.


KEGAGALAN MELAPOR DIRI

• Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya jemaah tidak hadir pada tarikh dan masa berlepas.


BAGI PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TRANSIT.

• Pastikan anda membawa pakaian tambahan dalam hand luggage untuk bermalam di airport/ Airport Hotel kerana bagasi tidak dikeluarkan semasa transit.


PERHATIAN

• Bagi jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah, jika tidak ditemani mahram tidak akan diluluskan (visa) oleh pihak kedutaan Arab Saudi.

• ALMUKMININ TRAVEL & TOURS tidak boleh dipertanggungjawabkan jika gagal mendapatkan visa sekiranya jemaah gagal mematuhi peraturan yang tersebut di atas.

• Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (‘Blacklist’ : hutang bank, PTPTN dan lain-lain.)

• Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini.

• Kelewatan /penundaan tarikh/perbatalan penerbangan kapal terbang berlepas dan tiba adalah diluar bidang kuasa pihak syarikat tetapi di bawah bidang syarikat penerbangan.