Kami adalah...
Al-Mukminin Travel & Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 26 September 2006 bersamaan 6 Ramadan 1427 Hijrah sebagai sebuah syarikat Bumiputera 100% yang komited dalam menyediakan perkhidmatan pelancongan dan perjalanan yang berkualiti. Penubuhan syarikat ini didorong oleh hasrat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta memperkasakan usahawan Bumiputera agar mampu berkembang dan berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dengan pengalaman dalam industri Umrah dan Ziarah, Al-Mukminin menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pakej pelancongan dalam dan luar negara, pengendalian lawatan, tiket penerbangan dan pakej pelancongan dalam dan luar negara patuh syariah, Badal Haji, Ibadah Korban & Aqiqah serta Perigi Wakaf, dengan memberi penekanan terhadap keperluan pelancongan Muslim yang merangkumi penginapan, pengangkutan, makanan halal dan khidmat pemandu pelancong di destinasi pilihan.
Al-Mukminin Travel & Tours sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman perjalanan yang selamat, selesa, teratur dan memenuhi piawaian perkhidmatan yang tinggi. Berteraskan visi untuk menjadi syarikat Bumiputera yang unggul dan dipercayai, kami komited memperluaskan rangkaian perkhidmatan, memperkenalkan destinasi serta keunikan Malaysia kepada dunia, dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi serta pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan pengurusan perjalanan Umrah yang membantu jemaah membuat persiapan sebelum berangkat sehingga selesai menunaikan ibadah di Tanah Suci. Fokus diberikan kepada kemudahan perjalanan, pengurusan jemaah dan pengalaman ibadah yang lebih tersusun. Kami juga menyediakan perkhidmatan vlog aktiviti para jemaah sepanjang perjalanan ibadah umrah berlangsung.
Perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara patuh syariah yang menawarkan pengalaman meneroka destinasi-destinasi menarik di seluruh dunia dengan mengambil kira keperluan dan keselesaan pelancong Muslim. Kami menyediakan pelbagai pakej yang menarik bukan sahaja untuk individu, malah secara berkumpulan seperti Lawatan Syarikat (Company Trip).
Saluran untuk menyumbang melalui ibadah berinfak kepada usaha kebajikan melalui pengagihan makanan secara percuma yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Setiap sumbangan, walaupun kecil, menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban sambil berkongsi manfaat bersama golongan yang memerlukan. Usaha ini menghubungkan ibadah dengan semangat kepedulian, kebersamaan dan pengagihan rezeki kepada masyarakat setempat.
Program wakaf yang memberi peluang kepada penyumbang untuk menyumbang kepada penyediaan sumber air bersih bagi komuniti yang memerlukan. Wakaf perigi membawa manfaat yang berterusan kepada kehidupan masyarakat serta menjadi salah satu bentuk amal jariah.
Misi Kami
01. Menjadi Syarikat Bumiputera Unggul dan Dipercayai
02. Peneraju Pakej Umrah Pelancongan Muslim Patuh Syariah
03. Memperkenalkan Malaysia ke Persada Dunia
04. Membina organisasi Bumiputera yang berdaya saing
Visi Kami
01. Menjadi syarikat Bumiputera yang dipercayai dalam sektor pelancongan.
02. Menjadi peneraju perkhidmatan Haji, Umrah dan pelancongan Muslim.
03. Memperkenalkan keunikan Malaysia kepada pelancong antarabangsa.
04. Membina organisasi Bumiputera yang berdaya saing di peringkat global.
Kepimpinan kami

Haji Mokhdzar bin Abdullah

Haji Jalil bin Suboh

Hajah Sarina binti Suboh
Profil Syarikat
Ketahui lebih lanjut tentang Al-Mukminin Travel and Tours (AMTT), perkhidmatan yang kami tawarkan, pengalaman serta komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan Umrah dan pelancongan Muslim, di samping komitmen kami terhadap kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan, serta usaha memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.
Atau Imbas Kod QR


