Penjelajahan Caucasus Utara Bersama Al-Mukminin Travel
Dagestan-Chechnya
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow

JADUAL PENERBANGAN

TARIKH BERANGKATTARIKH PULANGNOTASTATUS
31 Mei 202708 Jun 2027Baki 0/20 seatTempahan Dibuka*

DAGESTAN-CHECHNYA – INGUSHETIA-VLADIKAVKAZ

HARGA SERENDAH

RM12,990 Seorang

Berminat dengan pakej ini?

Mulakan perjalanan rohani penuh barakah di sini! Daftar secara online sekarang untuk realisasikan perjalanan Muslim Tour anda!

PENGALAMAN KERETAPI BAWAH TANAH KE MINAMI AREA

HARI 01 | KUALA LUMPUR – MAKHACHKALA

  • Berkumpul di KLIA pada jam 05:30 pagi untuk urusan check-in bagasi dan boarding pass.
  • Bertolak ke Dubai International Airport pada jam 09:20 pagi dan tiba pada jam 12:10 tengah hari.
  • Transit sebentar di Dubai sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Makhachkala.
  • Berlepas ke Makhachkala pada jam 11:55 malam.

HARI 02 | LAPANGAN TERBANG MAKHACHKALA – GROZNY

  • Tiba di Lapangan Terbang Makhachkala pada awal pagi, pintu masuk utama ke Republik Dagestan yang terkenal dengan pertembungan budaya antara Timur dan Eropah.
  • Peserta akan dibawa ke Hotel untuk daftar masuk dan berehat seketika.
  • Selepas menikmati sarapan pagi, lawatan diteruskan dengan berjalan kaki mengelilingi pusat bandar Grozny, termasuk menaiki ke bumbung bangunan Business Center bagi menikmati panorama bandar dari udara.
  • Seterusnya, peserta akan melawat Muzium Akhmad Kadyrov, diikuti singgahan ke bazar tempatan yang penuh dengan barangan tradisional.
  • Lawatan hari ini diakhiri dengan kunjungan ke ikon utama kota Grozny Masjid Heart of Chechnya, antara masjid tercantik di wilayah Caucasus.
  • Makan malam disediakan sebelum bermalam di Grozny.

HARI 03 | GALANCHOZH

  • Selepas sarapan, peserta akan menaiki kenderaan 4WD menuju ke kawasan pedalaman Galanchozh, sebuah wilayah gunung-gunung liar yang sarat dengan sejarah purba masyarakat Chechen.
  • Di sini, peserta akan menyaksikan sendiri menara-menara pertahanan abad pertengahan dan runtuhan kampung lama termasuk Khaibakh, sebuah lokasi tragis yang melambangkan sejarah deportasi masyarakat Chechen pada tahun 1944.
  • Pemandangan gunung-ganang yang menghijau dan suasana sunyi penuh sejarah memberikan pengalaman mendalam tentang budaya serta ketabahan masyarakat tempatan.
  • Kembali ke Grozny untuk makan malam dan bermalam.

HARI 04 | GROZNY – MAGAS – VLADIKAVKAZ

  • Selepas sarapan, peserta akan memulakan lawatan dan perjalanan diteruskan ke Magas, ibu kota Republik Ingushetia.
  • Di sini peserta akan melawat Memorial of Deportation and Military Glory, monumen yang dibina bagi memperingati sejarah pengusiran dan perjuangan masyarakat Ingushetia.
  • Seterusnya, rombongan menuju ke Beslan, tapak tragedi bersejarah yang diingati di seluruh Rusia, sebelum bergerak ke bandar Vladikavkaz, kota yang dikelilingi oleh banjaran Caucasus dan terkenal dengan seni bina era klasik Eropah.
  • Daftar masuk dan bermalam di Hotel Vladikavkaz.

HARI 05 | INGUSHETIA

  • Selesai sarapan pagi, peserta akan dibawa menerokai kawasan pergunungan Jeyrakh, sebuah wilayah yang terkenal dengan landskap dramatik serta tapak sejarah purba yang masih terpelihara.
  • Perjalanan merentasi kawasan berbukit ini membawa peserta menyaksikan Kompleks Erzi, himpunan menara-menara pertahanan purba yang masih kukuh berdiri sejak berabad lamanya.
  • Lawatan diteruskan ke Lembah Targim, sebuah lembah yang dihiasi pemandangan semula jadi yang memukau, sebelum meneruskan eksplorasi ke Menara Egikal dan Menara Vovnushki, dua struktur pertahanan kuno yang menjadi simbol keagungan sejarah dan identiti masyarakat Ingushetia.
  • Gabungan keindahan alam, seni bina tradisional serta kisah warisan yang mendalam menjadikan hari ini antara pengalaman paling berharga sepanjang perjalanan.
  • Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam sebelum bermalam di Vladikavkaz.

HARI 06 | SHALI MOSQUE – MAKHACHKALA

  • Selepas sarapan, perjalanan menuju kembali ke Dagestan.
  • Dalam perjalanan, peserta akan berhenti di Shali, lokasi masjid terbesar di Eropah, terkenal dengan reka bentuk putih marmar dan landskap taman yang menakjubkan.
  • Seterusnya rombongan akan ke Sarykum Sand Dune, kawasan bukit pasir emas yang unik seakan gurun mini di tengah-tengah Dagestan dan merupakan antara bukit pasir tertinggi di dunia untuk zon bukan gurun.
  • Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan menuju ke Makhachkala, ibu kota Dagestan yang terletak di pesisir Laut Kaspia.
  • Setibanya di bandar ini, peserta akan dibawa melawat Masjid Juma, sebuah masjid ikonik yang menjadi nadi keagamaan dan budaya masyarakat Dagestan.
  • Masjid ini dikenali dengan seni bina bergaya Timur yang elegan, ruang solat luas yang diterangi cahaya semula jadi, serta suasana tenang yang membolehkan pengunjung merasai sendiri keindahan tradisi Islam di Caucasus.
  • Selesai lawatan, peserta akan menikmati makan malam sebelum daftar masuk dan bermalam di hotel.

HARI 07 | MAKHACHKALA

  • Pagi dimulakan dengan berjalan menyusuri Makhachkala Embankment, kawasan tepi laut yang menjadi pusat riadah utama masyarakat tempatan.
  • Di sini peserta dapat menikmati hembusan angin Laut Caspian sambil melihat suasana kehidupan harian penduduk Dagestan yang santai.
  • Selepas itu, rombongan akan dibawa menerokai bazar tempatan yang meriah dengan jualan hasil bumi, rempah ratus, tekstil dan pelbagai barangan tradisional yang mencerminkan budaya dagangan masyarakat Dagestan.
  • Perjalanan diteruskan dengan singgah di Masjid Djuma untuk menunaikan solat sebelum rombongan dibawa ke Art Museum of Dagestan, sebuah muzium yang mempamerkan koleksi seni halus, ukiran, tekstil tradisional serta hasil kraftangan yang memperlihatkan kekayaan sejarah dan budaya masyarakat Caucasus.
  • Lawatan hari ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami kehidupan seni, budaya dan tradisi masyarakat Dagestan daripada perspektif yang lebih dekat.
  • Selesai melawat muzium, peserta akan meneruskan perjalanan ke salah satu lokasi paling ikonik bagi peminat seni bela diri, gim latihan Khabib Nurmagomedov, Eagles MMA. Di sini peserta dapat melihat suasana latihan atlet Dagestan yang terkenal dengan disiplin serta kehebatan dalam dunia seni bela diri campuran,
  • Hari lawatan diakhiri dengan menikmati makan malam sebelum kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam di Makhachkala.

HARI 08 | DERBENT

  • Selepas sarapan pagi peserta akan bertolak ke Derbent, sebuah bandar bersejarah yang diiktiraf sebagai bandar tertua di Rusia.
  • Kota purba ini, yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, terkenal dengan gabungan budaya Timur dan Mediterranean, lorong-lorong batu yang sempit serta bangunan berusia ribuan tahun yang masih utuh menjadi saksi perubahan tamadun dari zaman ke zaman.
  • Setibanya di sana, peserta akan melawat Kubu Naryn-Kala, sebuah benteng megah yang dibina hampir 1,500 tahun dahulu dan menjadi struktur paling penting dalam mempertahankan pintu masuk ke Caucasus pada zaman Empayar Parsi, Arab dan seterusnya Rusia.
  • Perjalanan diteruskan dengan berjalan menyusuri Old City Derbent, kawasan kota lama dengan lorong-lorong berbatu, rumah-rumah purba, dan seni bina tradisional yang membuatkan pengunjung seolah-olah kembali ke zaman silam.
  • Lawatan seterusnya membawa peserta ke Kyrkhlyar Cemetery, sebuah lokasi bersejarah yang dianggap suci dan dipercayai menjadi tempat persemadian para pejuang Islam yang datang ke Caucasus pada kurun awal penyebaran Islam.
  • Rombongan juga akan dibawa melihat Ekranoplan “Lun’”, sebuah kapal terbang laut gergasi hasil teknologi Soviet yang unik di dunia.
  • Struktur raksasa ini berdiri megah di tepi pantai Derbent, menjadi tarikan luar biasa bagi pencinta sejarah ketenteraan dan teknologi.
  • Selesai lawatan, peserta akan berpeluang menikmati teh tradisional Dagestan di sebuah chaikhana tempatan sambil merasai suasana santai masyarakat Derbent, sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di bazar Derbent berhampiran yang menawarkan pelbagai tekstil, kraftangan dan manisan tradisional.
  • Pada malam hari, peserta akan dibawa ke Lapangan Terbang Makhachkala untuk persiapan penerbangan pulang ke tanah air.

HARI 09 | MAKHACHKALA – KUALA LUMPUR

  • Berlepas dari Makhackhala pada jam 03:20 pagi dan tiba di Dubai pada jam 07:45 pagi.
  • Kemudian berlepas dari Dubai pada jam 10:25 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 09:50 malam.
  • Tamatlah percutian anda bersama kami.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan EMIRATES & FLY DUBAI pergi/balik.
  • Bagasi Check-in kargo
  • 7 malam penginapan di hotel 4 ★
  • Airport Tax pergi/balik HARGA TERMASUK
  • Jadual makan dan lawatan seperti didalam aturcara. (B/L/D)
  • Pengangkutan berhawa dingin Kos lawatan seperti didalam aturcara.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • VISA Rusia dan permit masuk Ingushetia
  • Tipping Tour Guide di Chechnya, Dagestan dan Ingushetia Driver Bas 70 USD/ seorang
  • Insurans Perjalanan
  • Perbelanjaan sendiri
  • Khidmat dobi / telefon dan lain-lain
  • Lawatan luar dari aturcara
  • Lebihan bagasi.
  • Upah / perkhidmatan tolak ‘’wheelchair’’

SYARAT PENDAFTARAN

  1. Borang pendaftaran
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Passport
  4. Deposit RM1000/seorang

BUTIRAN PENERBANGAN
31-05-2027 EK0345 KUL–DXB 0920/1210
31-05-2027 FZ0993 DXB–MCX 2355/0220 (01-06-2027)
08-06-2027 FZ0994 MCX–DXB 0320/0745 08-06-2027
EK0342 DXB–KUL 1025/2150

TERMA DAN SYARAT

  1. Kaedah pembayaran
    • Semasa tempahan tempat duduk: Deposit RM 1,000 (tidak akan dikembalikan) seorang bagi setiap tempahan
    • 40 hari sebelum tarikh berlepas kumpulan: Baki bayaran tertunggak
    • Kami tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga pakej yang disebabkan oleh kelewatan anda dalam membuat bayaran penuh.
  2. Butiran Bank
    • Semua pembayaran hendaklah dibuat kepada Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd
    • Nombor Akaun: 120 380 100 75266 (BANK ISLAM)
  3. Polisi Syarikat
    • Hotel boleh ditukar kepada hotel lain yang setaraf.
    • Atur cara perjalanan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa tanpa notis awal.
    • Harga tertakluk kepada perubahan semasa pada cuti umum; sebarang kenaikan harga adalah di luar jangkaan syarikat dan perlu ditanggung oleh peserta.
    • Harga tertakluk kepada perubahan akibat kadar pertukaran mata wang asing tanpa notis awal, dan Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran tambahan.
    • Tiada bayaran balik jika program pelancongan tidak digunakan oleh peserta.
    • Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan yang menimpa peserta akibat kecuaian sendiri semasa dalam perjalanan.
    • Kami menasihatkan semua peserta untuk membeli insurans perjalanan bagi memberikan perlindungan sepanjang tempoh perjalanan.
    • Polisi Pembatalan: Deposit dan bayaran penuh tidak akan dikembalikan sebaik sahaja pihak Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd menerima bayaran tersebut.
    • Keperluan Perjalanan: Semua peserta lawatan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan sebagai perlindungan terhadap risiko seperti jatuh sakit, kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan sebagainya.
  4. NOTA:
    • Waktu penerbangan mungkin berubah bergantung pada situasi semasa.
    • Para peserta dinasihatkan agar tidak membeli tiket penerbangan domestik sebelum mendapatkan nasihat daripada pihak kami.
    • Sekiranya berminat, sila hubungi kami untuk mengesahkan kekosongan bagi tarikh perjalanan yang diingini.
+ Galeri
+ Jadual Perjalanan

+ Pakej Ini Termasuk / Tidak Termasuk

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan EMIRATES & FLY DUBAI pergi/balik.
  • Bagasi Check-in kargo
  • 7 malam penginapan di hotel 4 ★
  • Airport Tax pergi/balik HARGA TERMASUK
  • Jadual makan dan lawatan seperti didalam aturcara. (B/L/D)
  • Pengangkutan berhawa dingin Kos lawatan seperti didalam aturcara.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • VISA Rusia dan permit masuk Ingushetia
  • Tipping Tour Guide di Chechnya, Dagestan dan Ingushetia Driver Bas 70 USD/ seorang
  • Insurans Perjalanan
  • Perbelanjaan sendiri
  • Khidmat dobi / telefon dan lain-lain
  • Lawatan luar dari aturcara
  • Lebihan bagasi.
  • Upah / perkhidmatan tolak ‘’wheelchair’’
+ Informasi

SYARAT PENDAFTARAN

  1. Borang pendaftaran
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Passport
  4. Deposit RM1000/seorang

BUTIRAN PENERBANGAN
31-05-2027 EK0345 KUL–DXB 0920/1210
31-05-2027 FZ0993 DXB–MCX 2355/0220 (01-06-2027)
08-06-2027 FZ0994 MCX–DXB 0320/0745 08-06-2027
EK0342 DXB–KUL 1025/2150

TERMA DAN SYARAT

  1. Kaedah pembayaran
    • Semasa tempahan tempat duduk: Deposit RM 1,000 (tidak akan dikembalikan) seorang bagi setiap tempahan
    • 40 hari sebelum tarikh berlepas kumpulan: Baki bayaran tertunggak
    • Kami tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga pakej yang disebabkan oleh kelewatan anda dalam membuat bayaran penuh.
  2. Butiran Bank
    • Semua pembayaran hendaklah dibuat kepada Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd
    • Nombor Akaun: 120 380 100 75266 (BANK ISLAM)
  3. Polisi Syarikat
    • Hotel boleh ditukar kepada hotel lain yang setaraf.
    • Atur cara perjalanan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa tanpa notis awal.
    • Harga tertakluk kepada perubahan semasa pada cuti umum; sebarang kenaikan harga adalah di luar jangkaan syarikat dan perlu ditanggung oleh peserta.
    • Harga tertakluk kepada perubahan akibat kadar pertukaran mata wang asing tanpa notis awal, dan Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran tambahan.
    • Tiada bayaran balik jika program pelancongan tidak digunakan oleh peserta.
    • Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan yang menimpa peserta akibat kecuaian sendiri semasa dalam perjalanan.
    • Kami menasihatkan semua peserta untuk membeli insurans perjalanan bagi memberikan perlindungan sepanjang tempoh perjalanan.
    • Polisi Pembatalan: Deposit dan bayaran penuh tidak akan dikembalikan sebaik sahaja pihak Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd menerima bayaran tersebut.
    • Keperluan Perjalanan: Semua peserta lawatan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan sebagai perlindungan terhadap risiko seperti jatuh sakit, kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan sebagainya.
  4. NOTA:
    • Waktu penerbangan mungkin berubah bergantung pada situasi semasa.
    • Para peserta dinasihatkan agar tidak membeli tiket penerbangan domestik sebelum mendapatkan nasihat daripada pihak kami.
    • Sekiranya berminat, sila hubungi kami untuk mengesahkan kekosongan bagi tarikh perjalanan yang diingini.
Umrah
Map
Login
Scroll to Top