
CABUTAN BERTUAH ULANGTAHUN KE-20 AL-MUKMININ TRAVEL & TOURS
TERMA & SYARAT KEMPEN CABUTAN BERTUAH 20 TAHUN AL-MUKMININ TRAVEL
AL-MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (KPL/LN 6947)
Tempoh Kempen
Kempen berlangsung bermula 1 Ogos 2025 (12.00 pagi) sehingga 31 Oktober 2025 (11.59 malam).
Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Peserta hendaklah mempunyai akaun Facebook, Instagram dan TikTok yang aktif.
Penyertaan adalah tertakluk kepada semua Terma & Syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Cara Penyertaan
Untuk menyertai Kempen Cabutan Bertuah 20 Tahun Al-Mukminin Travel, peserta perlu:
- Follow akaun rasmi Al-Mukminin Travel di Facebook, Instagram dan TikTok.
- Like dan Share posting rasmi Kempen Cabutan Bertuah 20 Tahun Al-Mukminin Travel.
- Tag 3 orang rakan di ruangan komen.
- Lengkapkan borang penyertaan yang disediakan.
- Setiap peserta yang melengkapkan semua syarat di atas akan menerima 1 penyertaan ke dalam cabutan bertuah.
Peluang Menang 10 Kali Ganda Lebih Tinggi
Sebagai tanda penghargaan sempena Ulangtahun ke-20 Al-Mukminin Travel and Tours, peserta yang membuat tempahan mana-mana Pakej Umrah sepanjang tempoh kempen akan menerima 10 penyertaan tambahan secara automatik bagi setiap tempahan yang layak.
Ini bermakna:
- Lengkapkan syarat penyertaan media sosial = 1 penyertaan
- Tempah pakej Umrah sepanjang tempoh kempen = 10 penyertaan tambahan
- Semakin banyak penyertaan yang dimiliki, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.
Hadiah:
Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuk:
- 🥇 1x Pakej Umrah Percuma
- 🥈 3x Skuter Elektrik
- 🥉 1g Gold Bar Emas
- 🎁 Voucher Umrah
- 🎁 Hadiah-hadiah saguhati dan pelbagai hadiah menarik lain.
*Pihak penganjur berhak menukar hadiah kepada hadiah lain yang mempunyai nilai yang setara sekiranya diperlukan.
Pemilihan Pemenang
- Cabutan bertuah akan diadakan pada 1 November 2025 dan disiarkan secara LIVE di platform rasmi Al-Mukminin Travel.
- Pemenang akan dipilih secara rawak berdasarkan jumlah penyertaan yang layak.
- Semua pemenang tertakluk kepada proses pengesahan identiti dan semakan pematuhan Terma & Syarat.
- Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Pengumuman Pemenang
- Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Al-Mukminin Travel.
- Pemenang hendaklah memberikan maklum balas kepada pihak penganjur dalam tempoh 24 jam selepas dihubungi. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kemenangan dibatalkan dan cabutan baharu dijalankan.
Terma Hadiah
- Hadiah Umrah adalah dalam bentuk pakej Umrah yang ditetapkan oleh Al-Mukminin Travel.
- Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.
- Semua perjalanan adalah tertakluk kepada kelulusan visa, tahap kesihatan peserta, kekosongan tempat serta polisi semasa syarikat dan pihak berkuasa berkaitan.
Data Peribadi
Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju bahawa maklumat peribadi yang diberikan boleh digunakan oleh Al-Mukminin Travel bagi tujuan pengurusan kempen, pengesahan pemenang serta aktiviti pemasaran yang berkaitan.
Hak Penganjur
Al-Mukminin Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak meminda, menangguhkan atau membatalkan mana-mana bahagian kempen, hadiah atau Terma & Syarat ini pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa notis awal.