MASJIDIL HARAM ADA DI MALAYSIA?

Masjid Razaleigh, Gua Musang, Kelantan sebuah masjid baru siap dibina pada 1 April 2022 yang lalu. Masjid ini dibina berinspirasi dari Masjidil Haram Makkah.
Masjid yang bernilai RM34 juta ini boleh memuatkan sehingga 3000 jemaah pada satu masa. Selain seni bina yang sangat menarik dan mirip dengan Masjidil Haram Makkah, masjid ini mempunyai replika Kaabah yang dihasilkan dari bongkah skrin LED yang memaparkan ayat Al-Quran atau kandungan khutbah Jumaat.
Kalau anda nak pergi atau singgah semasa hendak ke pantai timur boleh waze atau google map Masjid Razaleigh.
BESTNYAAA dapat mengambil aura dan mengubat kerinduan di Masjidil Haram
Sumber: Utusan, Sinar Harian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Package
Map
Login
Scroll to Top