TENTU RAMAI YANG NAK TAHU KAN MENGAPA KISWAH BERWARNA HITAM?

Bahasa mudahnya, Kiswah bermaksud pakaian iaitu kain yang menyelimuti ka’bah. Kiswah juga diibaratkan sebagai wujud kecintaan dan perlindungan atas kesucian dari bangunan berbentuk persegi tersebut.
Pada zaman dulu kiswah pernah berwarna lain selain warna hitam iaitu warna putih, merah, hijau, dan kuning. Jadi persoalannya mengapa kiswah sering berubah?
Jawapanya adalah kerana warna putih adalah paling terang tetapi ia tidak tahan lama dan tidak praktikal. Selalunya ia menjadi lusuh, kotor dan tidak suci kerana ribuan pelawat memegangnya. Kemudian, Kiswah ditukarkan kepada warna hitam dengan kain satin brokat dan shimla.
Akhirnya, warna hitam dikekalkan pada penghujung era pemerintahan Kerajaan Abbasiyah kerana lebih tahan lama dan lasak sekiranya disentuh oleh pelawat dan rombongan haji atau umrah dari seluruh dunia.
Menarik kan? Jangan lupa LIKE dan SHARE untuk rakan #almukminintravelandtours rakan kita yang lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Package
Map
Login
Scroll to Top