Anda pernah terfikir tak siapa yang buat payung besar di dataran Masjid Nabawi ni?

Untuk menjaga keselesaan para jemaah di masjid, Kerajaan Arab Saudi telah mengambil inisiatif dengan beberapa buah syarikat besar dari seluruh dunia untuk menghasilkan sebuah payung gergasi yang kini menjadi salah satu mercu tanda bagi Masjid Nabawi ini.
1. Sebuah syarikat fabrik dari Switzerland, SEFAR Architecture telah menyediakan fabrik jenis PTFE yang mampu menahan haba terlalu panas dan sejuk, sinaran UV dan angin yang kuat. Hasil teduhan fabrik ini mampu mengurangkan hampir 8 darjah celsius dari suhu asal.
2. Payung gergasi itu pula dibekalkan oleh dua buah syarikat besar iaitu Liebherr dari Jerman yang pakar membuat enjin kapal terbang, mereka landasan kereta api dan pembuat kren-kren besar.
3. Arkitek dan jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan ini adalah syarikat SL Rasch GmbH dari Jerman. Mereka bukan sahaja membina payung gergasi, kubah bergerak di Masjid Nabawi dan jam besar yang berada di Menara Jam Mekah pun mereka yang buat.
Payung di Masjid Nabawi ini adalah yang terbesar yang pernah dibina dengan lebar 25.5 meter ketika dibuka dan 15 meter tinggi. Kos pembuatan payung tersebut sebanyak 4.7 bilion riyal. Selesai dengan sempurna pada November 2010 dengan jumlah 247 buah ( 235 unit di luar Masjid dan 12 unit di dua tempat yang berbeza ). Jika dibuka semuanya, ia mampu meneduhkan 143,000 meter persegi kawasan dari terkena sinaran matahari dan hujan.
Jangan lupa LIKE dan SHARE untuk rakan #almukminintravelandtours rakan kita yang lain 😘
Hubungi kami ☎
☎ 03-55487662/3
📧 info@almukminin.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Package
Map
Login
Scroll to Top